Isu
- Isu Semasa Palestin
144 Penempatan di Tebing Barat
menempatkan 476,000 penduduk Israel
Biro Bancian Penduduk Palestin mengumumkan sebuah laporan bahawa terdapat 144
penempatan Israel, menempatkan 476,000 penduduk Israel, menjangkau ke seluruh
Tebing Barat termasuk Jerusalem yang telah diduduki.
Laporan untuk tahun 2006 itu menyatakan terdapat 26 daripada penempatan
tersebut berada di dalam bandar Jerusalem yang telah dihuni yang mana 16
daripadanya telahpun bergabung dengan bandar tersebut.
259,000 penduduk tinggal di dalam penempatan di dalam dan sekitar Bandar
Jerusalem yang telah diduduki manakala 77,000 penduduk tinggal di dalam
penempatan sekitar Ramallah, pusat Bandar Tebing Barat. Tambahan lagi, 46,000
menghuni penempatan di sekitar Baitullaham, Bandar selatan Tebing Barat, 29,000
terdapat di sekitar Bandar Salfit di bahagian utara Tebing Barat dan 1,300
penduduk menghuni penempatan berdekatan Tubas, Bandar utara Tebing Barat.
Laporan itu menyatakan bahawa bilangan tersebut tidak termasuk 165 penempatan
berselerak, rumah untuk 10,000 penduduk yang mana tentera Israel menganggapnya
haram.
Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan sebuah kuasa penghunian tidak dibenarkan untuk
membina penempatan atau memindahkan penduduk asal ketika penghunian.
Walaubagaimanapun, Israel terus membina penempatan di dalam tanah tersebut yang
telah dihuni sejak 1967 dan enggan mengosongkannya.
Para penduduk, aktivis, menteri dan anggota dewan undangan mengadakan
demonstrasi aman menentang Tembok di Qalqilia
Anggota Kebangsaan dan Umum Menentang Tembok dan Penempatan mengadakan
demonstrasi aman menentang Tembok Tambahan Israel di perkampungan Izbit
Al-Tabeeb, berhampiran Qalqilia, Bandar utara Tebing Barat pada hari Ahad.
Beberapa menteri dan anggota dewan undangan terlibat dalam demonstrasi bersama
aktivis keamanan kebangsaan.
Jaringan Berita Palestin melaporkan antara peserta-pesertanya adalah Menteri
Keadilan Mohammad Al-Aloul, anggota-anggota Dewan Perundangan Rakyat Palestin
Hasan Khreisha, Khalida Jarrar, Waleed Assaf, Ahmad Hazza’ dan Abdul Rahman
Barham.
Gabenor Qalqilia dan beberapa tokoh kebangsaan turut serta dalam demonstrasi
tersebut.
Dr. Mohammad Al-Abboushy, salah seorang pemimpin Inisiatif Kebangsaan Rakyat
Palestin turut menyertai demonstrasi itu dan menyatakan bahawa tindakan aman
ini timbul untuk menguatkan kesabaran dan pengorbanan rakyat Palestin terhadap
pendudukan, penempatan dan Tembok Tambahan.
Al-Abboushy menambah perjuangan rakyat Palestin menentang pendudukan adalah sebuah
perjuangan untuk tanah dan timbulnya pendekatan untuk keamanan yang sebenar
dengan berakhirnya pendudukan rakyat Israel, memindahkan penempatan dan
mendirikan sebuah negara rakyat Palestin yang merdeka di dalam kawasan yang
diduduki sejak tahun 1967.
Sementara itu, Menteri Keadilan Mohammad Al-Aloul berkata bahawa kesukaran
perjuangan terhadap pendudukan adalah perjuangan untuk tanah dan kewujudan dan
Israel sedang mencuba menghalang pembinaan sebuah keagungan negara rakyat
Palestin yang merdeka dengan pembinaan Tembok dan penempatan.
Beliau mendesak masyarakat antarabangsa bertindak menentang Tembok Tambahan dan
penempatan di Tebing Barat yang diduduki.
Gabenor Qalqilia juga berkata kawasan itu terlibat dengan satu “serangan ganas
dengan pembinaan penempatan dan Tembok” sejak Tembok itu menukar Qalqilia dan
perkampungan serta bandar di sekelilingnya menjadi penjara yang tertutup.
“Tindakan ini menunjukkan salah satu tindakan diskriminasi bangsa terburuk
dalam sejarah moden” beliau menambah.
Beberapa ahli undangan berkata demonstrasi ini juga merupakan satu seruan untuk
kesatuan bangsa antara rakyat Palestin dan lawannya untuk bersatu menentang
penempatan rakyat Israel dan aktiviti penambahan yang mana menyerang kehadiran
rakyat dan kemerdekaan negara Palestin.
Israel menimbang untuk menukar arah Tembok bagi mencipta ‘perimeter’
mengelilingi penempatan.
Sumber rakyat Israel melaporkan pada Selasa malam bahawa senior ketenteraan
rasmi Israel sedang mengambil kira sebuah plan lain untuk Tembok Haram, dengan
menutupnya ke sekeliling penempatan dan penghalangnya untuk membiarkan mereka
dalam kawalan Israel di sebelah Tembok.
Online harian Israel, Haaretz, melaporkan bahawa pihak tentera sedang
menimbangkan untuk membiarkan satu plan yang memasukkan penambahan penempatan
dalam Tembok, tetapi sedang menimbangkan sebuah plan lain yang cenderung untuk
menutup Tembok Haram sekeliling penempatan Immanuel dan Kedumin supaya dapat
memasukkan kedua-duanya ke sebelah Tembok kepunyaan Israel.
Plan itu juga termasuk menambah lebih banyak tanah rakyat Palestin untuk
membina lebih banyak bahagian untuk Tembok tersebut di sekeliling penempatan.
Israel juga merancang untuk membiarkan penempatan kesatuan Ariel, di kawasan
utara Tebing Barat dan penempatan lain di dalam sebelah Tembok yang dikawal
Israel. Rancangan ini adalah satu penyimpangan yang lengkap dari rancangan
kerajaan yang diterima kabinet rakyat Israel pada tahun 2003.
Menurut Mahkamah Tinggi Keadilan Israel, rancangan asal berjalan mengikut Jalur
Hijau, tetapi yang terbaru menyusur lebih dalam melalui kawasan yan diduduki
oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun, pembinaan sebenar Tembok pada masa
lepas telah menunjukkan tiada kaitan dengan rancangan sebenar, malah Tembok itu
telahpun menjalarkan laluannya di sekitar Tebing Barat, menambah tarahan tanah
rakyat Palestin secara melampau dan memenjarakan seluruh bandar, pekan dan
kampung rakyat Palestin.
Haaretz juga berkata bahawa Perdana Menteri Israel Ehud Olmert, baru-baru ini
membenarkan perubahan-perubahan tambahan terhadap arah Tembok untuk menambah
dua bahagian penempatan ke dalam Tembok, satu bahagian dari Bait Aryeh hingga
Ariel dan satu bahagian lagi dari Alfei Menashe hingga Kedumin.
Bahagian Tembok di kawasan tersebut masih belum lengkap dan di situ masih
terbentang 6 kilometer tanah yang terbuka. Hagai Alon, penasihat diplomatik
bagi Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz, telah menghubungi Shaul Arieli,
seorang pemangku colonel tentera Israel dan meminta beliau untuk menyediakan
arah lain bagi Tembok, Haaretz menambah.
Arieli telah menyerahkan usulnya bulan lepas, dan menyatakan bahawa
Negara-negara Bersatu menentang arah Tembok terkini yang telah dibenarkan oleh
kabinet Israel tahun lepas, semenjak Tembok itu keseluruhannya menghalang
sempadan geografi kepunyaan kawasan-kawasan Palestin dan menjadikan negara masa
depan Palestin yang berpotensi menjadi mustahil.
Arieli juga menyatakan jika permohonan menentang arah Tembok itu telah
diserahkan kepada Mahkamah Tinggi, permohonan itu menjadi lebih sukar untuk
disingkirkan sejak mereka berhadapan dengan masalah kemanusiaan.
Beliau berkata Israel mesti menutup celahan antara penempatan Ofarim dan Elkana
dan mencadangkan penempatan tersebut perlu membentuk ‘tiga kawasan keselamatan
istimewa’.
Kawasan pertama di sekeliling penempatan kesatuan Ariel, kedua di sekeliling
penempatan Immanuel dan Karmei Shomron manakala yang ketiga berhampiran
penempatan Bait Aryeh dan Ofraim.
Menurut Arieli, plan ini menutup celahan, mengekalkan keperluan keselamatan
Israel dan penduduk Israel dari sebarang konflik di Tebing Barat. Apa yang
beliau gagal katakan ialah plan itu keseluruhannya haram.
Bethlehem: para aktivis menanam pokok-pokok sebagai peringatan kepada para
pelajar yang terbunuh di Virginia.
Penduduk Palestin dan aktivis keamanan antarabangsa, termasuk rakyat Amerika
dan Israel, mengadakan sebuah demonstrasi yang diadakan pada hari Jumaat
menentang Tembok Tambahan yang mengelilingi dan menyesakkan perkampungan Um
Salmouna, berdekatan sebuah bandar Tebing Barat, Bethlehem dan menanam 32
batang pokok untuk memperingati para pelajar yang terbunuh di Virginia-Amerika
Syarikat apabila seorang pelajar telah mula menembak rakannya di Virginia
Polytechnic Institute and State University.
Para penunjuk perasaan telah menanam pohon zaitun untuk memperingati kehilangan
dalam tembakan yang dasyat itu. Semua pohon tersebut telah ditanam di kawasan
tentera Israel menyodok tanah dan mencabut pokok-pokok untuk membina Tembok
Tambahan.
Tembok itu dibina mengelilingi kampung Um Salmouna bermula dua bulan lepas;
Tembok itu akan bertambah dan mengasingkan lebih daripada 1500 Dunam atau kebun
kepunyaan para penduduk.
Para penunjuk perasaan juga membawa bendera Palestin dan poster mengutuk segala
keganasan dan serangan terhadap penduduk Palestin dan tanah mereka.
Khalid Al-Azza, ketua Anggota Pertahanan Negeri di Bethlehem, menyatakan bahawa
idea penanaman pokok itu adalah untuk melahirkan penolakan rakyat Palestin
terhadap semua penyembelihan dan jenayah menentang penduduk yang tidak bersalah
tanpa mempendulikan warna kulit, bangsa kulit dan etnik.
Beliau juga mengutuk dasar-dasar Amerika, pendudukan Iraq dan dasar-dasar
Negara-negara Bersatu di Afghanistan dan negara-negara lain. Beliau selanjutnya
berkata bahawa Negara-negara Bersatu sebenarnya tidak berminat dalam
memberhentikan pertumpuhan darah di Palestin dan terus menyokong pendudukan
Israel.
Sami Awad, ketua Yayasan Harapan Tanah Suci, menekankan kepentingan perjuangan
aman menentang dasar-dasar Israel, pendudukan, penempatan dan Tembok.
Beliau menyatakan bahawa rakyat Palestin semakin kuat daripada pendudukan sejak
mereka mempertahankan keadilan dan berjuang untuk kebebasan dan kemerdekaan,
yang merupakan keadilan yang dijanjikan oleh kebiasaan dan peraturan
antarabangsa.
Tambahan lagi, Mahmoud Rasheed, ketua majlis kampung Um Salmouna, berkata
bahawa Tembok ini adalah sebuah bencana terhadap kampung ini dan perkampungan
sekitarnya sejak Tembok tersebut mengasingkan 1500 Dunam serta menghalang jalan
utama yang menghala ke perkampungan tersebut.
Beliau menambah bahawa Tembok ini akan mempengaruhi kawasan Bethlehem secara
keseluruhannya kerana perkampungan tersebut membekalkan kawasan sayur-sayuran
dan buah-buahan, tetapi kini ribuan kediaman menghadapi keadaan ekonomi yang buruk
selepas mereka tidak dapat masuk ke tanah mereka secara kerap dan tidak dapat
menjual hasil pertanian mereka.
Mahmoud Zawahra, ketua anggota penentang Tembok di perkampungan selatan
Bethlehem, memohon badan-badan antarabangsa dan Bangsa-bangsa Bersatu, supaya
campur tangan dalam menyingkirkan Tembok kerana Tembok tersebut mengasingkan
kediaman mereka dari kebun-kebun, sekolah-sekolah, kemudahan-kemudahan
perubatan dan memutuskan perhubungan mereka dengan negeri lain.
Serena, aktivis keamanan Amerika, berkata aktiviti seperti ini memberikan
beliau perasaan yang bercampur antara kelegaan dan kesedihan kerana aktiviti
tersebut menghubungkan penduduk-penduduk yang berbeza dalam perpaduan dan
memperingati penyembelihan di Virginia untuk membuktikan bahawa darah manusia
adalah berharga dan tidak seharusnya ditumpahkan.
Beliau juga berkata rakyat Palestin menderita disebabkan pendudukan, berdarah
dari senjata-senjata dan tembok-tembok dan penderitaan tersebut perlu
ditamatkan.
Kediaman Barta’a dan kawasan sekelilingnya terasing dan kerap diserang.
Wasfy Qabha, Menteri Palestin yang bertanggungjawab dalam tugas Penempatan dan
Tembok melaporkan bahawa Israel telah meningkatkan serangannya terhadap
penduduk Palestin dan institusi-institusi serta Tembok Tambahan juga telah
keseluruhannya mengasingkan kediaman-kediaman di kampung Barta’a dan kawasan
sekelilingnya.
Qabha menyatakan kediaman-kediaman di Barta’a, Um Al-Reehan, Khirbit Abdullah
Younis, Al-Mintar Al-Sharqy dan Al-Mintar Al-Gharby sepenuhnya diasingkan oleh
Tembok dan penduduk-penduduk dipaksa melalui sebuah pintu yang dikawal oleh
pengawal Israel yang kerap menutupnya tanpa sebarang sebab atau notis awal.
Beliau menambah para penduduk diseksa dan diserang oleh askar-askar di pintu
tersebut dan serangan dan keganasan tersebut meningkat secara mendadak apabila
pihak tentera mula memindahkan tanggungjawab ‘keselamatan’ terhadap pintu
tersebut kepada sebuah syarikat keselamatan persendirian Israel.
Qabha berkata Israel tidak berminat terhadap keamanan dan mahu meneruskan
keganasannya sehingga menjadi kehidupan harian bagi para penduduk yang tidak
mampu menanggungnya untuk memaksa mereka meninggalkan rumah dan tanah.
“Israel mahu tanah tanpa penduduknya,” Qabha menyatakan, “Kami perlu
mendedahkan pengharaman tindakan dan serangan Israel, Israel sedang memaksa
para penduduk keluar dari tanah mereka.”
Qabha menyeru Bangsa-bangsa Bersatu, Setiausaha Umumnya dan masyarakat
antarabangsa supaya melaksanakan keputusan antarabangsa dan beliau menambah
bahawa dunia perlu ingat keputusan ahli penasihat Mahkamah Keadilan
Antarabangsa yang memutuskan Tembok Tambahan sebagai haram sejak Tembok
tersebut dibina di atas tanah rakyat Palestin dan mengasingkan para
penduduknya.
Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa supaya mendedahkan keganasan,
penyerbuan, pembunuhan, serangan dan rampasan tanah oleh Israel.
Qabha menambah lagi, masyarakat antarabangsa perlu menghantar pemerhati untuk
menyaksikan keganasan Israel terhadap penduduk Palestin serta keganasan di
tempat pemeriksaan dan pintu-pintu Tembok Tambahan.
Israel akan membina bahagian Tembok
yang akan menambah ribuan Dunam di Bethlehem.
Pihak Berkuasa Israel telah memulakan pembinaan satu bahagian baru bagi Tembok
Tambahan di atas tanah Beit Jala, pekan Palestin berdekatan Beithlehem yang
akan membawa kepada barlanjutnya penambahan dan kemusnahan kebun-kebun rakyat
Palestin.
Lingkungan Tembok tersebut terletak berdekatan ‘Jalan Terowong’ yang
menghubungkan antara penempatan Jerusalem dan Israel di bahagian selatan Tebing
Barat.
Para saksi melaporkan bahawa askar-askar telah menyodok dan mencabut ribuan
pohon zaitun yang mana telah ditanam lebih 100 tahun dahulu.
Jurutera Majlis Perbandaran Beit Jala, Samia Zeit menyatakan bahawa Tembok
tersebut akhirnya akan mengasingkan 6 ribu Dunam di dalam kawasan tersebut,
termasuk tanah milik Kristian ‘Covent of Cremisan’, dan akan mengasingkan
rumah-rumah paderi dan biarawan wanita, dengan tambahan pengasingan sepenuhnya
kebun-kebun rakyat Palestin yang memanjang hingga ke perkampungan Al-Khader.
Ziet menambah pihak berkuasa Israel permulaannya menyiapkan pembinaan satu
bahagian Tembok tersebut di dalam kawasan Makam Rachel, utara Bethlehem, dan
kawasan Jalan Terowong, kawasan penempatan Har Gilo dan sekarang sedang membina
bahagian baru ini selepas menyediakan struktur dalaman seperti paip kumbahan
dan jalanraya.
Datuk Bandar Beit Jala, Jurutera Rajee Zeidan, berkata bahawa apa yang sedang
berlaku adalah suatu kecelakaan sebenar yang sedang mempengaruhi pertanian,
perpecahan masyarakat dan sector-sektor ekonomi, dan Tembok tersebut akhirnya
akan mengasingkan Beit Jala sepenuhnya dari Jerusalem, dan akan mengasingkan
Bandar tersebut dari kebun-kebunnya dan tanah pertanian.
Zeidan memohon kumpulan-kumpulan hak-hak kemanusiaan antarabangsa dan
Bangsa-bangsa Bersatu supaya bertindak menghentikan keganasan dan
perlakuan-perlakuan haram Israel.
Israel mula membina tembok haram berdekatan Bandar Beit Jala di dalam kawasan
Beithlehem.
Bermula minggu ini, askar Israel telah mula membina satu bahagian tembok haram
yang sangat besar di atas tanah yang telah dirampas dari rakyat Palestin
berdekatan Bandar Beit Jala, berdekatan Bandar Bethlehem di selatan Tebing
Barat.
Tembok tersebut yang melingkungi jalanraya untuk ‘penduduk’ sahaja yang
menghubungkan penempatan haram Israel di bahagian selatan dengan Jerusalem,
akan menambah 6000 Dunam (1500 ekar) untuk tanah pertanian milik rakyat
Palestin dari Beit Jala.
Bulldozer Israel telah memusnahkan tanah dan mencabut pohon-pohon zaitun yang
berusia sejak seribu tahun dahulu, menurut petani tempatan.
Samiah Zeit, jurutera perbandaran Beit Jala, berkata bahawa penyempurnaan
bahagian tembok haram ini bermakna Bandar tersebut tidak akan mempunyai
sebarang tanah lagi untuk diperluaskan, dan hal ini juga membawa kepada
kemusnahan sepenuhnya industri pertanian di dalam Bandar tersebut kerana semua
tanah pertanian telah berada di dalam tembok tersebut, di bahagian Israel.
Beliau menambah bahawa pihak perbandaran sedang berusaha bersama penduduknya
untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Keadilan Israel untuk menyelamatkan
tanah mereka.
Ziet telah memberitahu IMEMC bahawa askar Israel telahpun membina tembok
tersebut mengikut bahagian dan berlainan peringkat supaya laluan terakhir
tembok tersebut tidak akan jelas hingga peringkat terakhir. Datuk Bandar Beit
Jala, Rajee Zeidan, memberi amaran Bandar tersebut akan menghadapi kecelakaan
yang sebenar kerana Bandar itu mengalami kehilangan seluruh tanahnya kepada
tembok haram Israel.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang berpangkalan di Hague, Netherlands, telah
menguatkuasakan pada Julai 2004 bahawa tembok tersebut adalah haram dan Israel
mesti berhenti membinanya dan membuka bahagian-bahagian tersebut yang mana
telahpun lengkap, untuk mengimbangi bahagian yang dipengaruhinya.
PLO menuntut agar kes Tembok
dibincangkan di Majlis Keselamatan.
Jabatan Kebangsaan dan Antarabangsa, Badan Pembebasan Palestin (Palestinian
Liberation Organization-PLO) menerbitkan sebuah akhbar yang menandakan ulang
tahun ketiga satu perintah nasihat dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa di
Hague, mahkamah yang membuat kenyataan bahawa Tembok Tambahan Israel adalah
haram.
PLO menuntut supaya fail Tembok Tambahan perlu dibincangkan di Majlis
Keselamatan kerana Israel sedang membinanya di atas kawasan pendudukan rakyat
Israel dan tembok tersebut mengasingkan para penduduk antara satu sama lain
serta tanah mereka.
Bangsa-bangsa Bersatu menyokong perintah nasihat mahkamah antarabangsa tersebut
pada Julai 2004.
PLO menyatakan bahawa Israel telah menolak perintah itu dan meneruskan
pembinaan tembok yang akan memanjang 700 kilometer, dan menambah hingga kini
lebih 300,000 Dunam, di tambah lagi mengasingkan berdozen-dozen kebun Dunam di
sebalik tembok tersebut.
Tambahan lagi, PLO menyatakan bahawa Israel sedang cuba untuk menzahirkan
perlakuan-perlakuan baru di atas tanah tersebut untuk menghalang
kemungkinan-kemungkinan terciptanya potensi Negara Palestin dengan
kesinambungan geografi.
Jabatan PLO menambah bahawa Tembok Tambahan tersebut adalah suatu jenayah
menentang kemanusiaan dan suatu kejahatan terhadap rakyat Palestin yang
memanjangkan tangan mereka demi keamanan sementara Israel sedang membina Tembok
tersebut dan melakukan lebih banyak jenayah terhadap para penduduk.
Jabatan tersebut menyeru masyarakat antarabangsa supaya campur tangan dan
mengeluarkan resolusi-resolusi dalam majlis keselamatan untuk mendesak Israel
menamatkan keganasan yang masih berlaku terhadap rakyat Palestin, dan mengganti
kerugian mereka.
Laporan Bangsa-bangsa Bersatu:
“Tembok Tambahan akan mengasingkan Jerusalem dari Tebing Barat”
Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan satu laporan pada hari Isnin menyatakan
Tembok Tambahan Israel yang sedang dibina di pendudukan Tebing Barat akan
mengasingkan sepenuhnya kawasan kediaman rakyat Palestin di Timur Jerusalem
dari kawasan lain Tebing Barat.
Laporan tersebut menambah bahawa hal ini bermakna rakyat Palestin akan dihadkan
dari berhubung dengan tempat-tempat kerja, hospital-hospital,
kemudahan-kemudahan pendidikan dan tempat-tempat ibadat.
Online harian Israel, Haaretz, melaporkan bahawa laporan tersebut telah
dikeluarkan oleh pejabat Bangsa-bangsa Bersatu yang bertanggungjawab terhadap
Penyelarasan Kebajikan Manusia (Coordination of Humanitarian Affairs-OCHA), dan
laporan tersebut mendedahkan bahawa Israel telah menyiapkan lebih dari separuh
haluan Tembok yang dirancang. Tembok tersebut telah mula dibina pada tahun
2003.
Menteri Pertahanan Israel tidak membuat sebarang ulasan terdekat tentang
laporan tersebut. Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah mengeluarkan satu
perintah pada tahun 2004 mengharamkan Tembok Tambahan yang menanggalkan kawasan
pendudukan kepunyaan rakyat Palestin, tetapi Israel tidak mengendahkan perintah
tersebut dan meneruskan pembinaan Tembok, jelas laporan tersebut.
Bangsa-bangsa Bersatu juga menyatakan Israel kini sedang membina bahagian lain
Tembok tersebut berdekatan Bethlehem yang akan sepenuhnya mengasingkannya dari
Jerusalem. Tembok tersebut juga menghadkan kemungkinan-kemungkinan pembinaan
sebuah negara Palestin yang berkesinambungan di dalam penempatan yang dihuni
sejak tahun 1967 termasuk Timur Jerusalem.
Tambahan lagi, Haaretz melaporkan bahawa Menteri Luar Netherlands, Maxime
Verhagen, memberi amaran pada bulan lepas sebuah syarikat pembinaan Denmark
kerana penglibatannya dalam pembinaan Tembok haram tersebut dan menuntutnya
menamatkan penglibatan tersebut dalam pembinaan itu.
Syarikat Riwal sedang membekalkan Israel dengan kren-kren untuk Tembok
tersebut; Verhagen berkata bahawa kerajaannya akan memantau tindakan syarikat
tersebut.
Haaretz juga menyatakan bahawa laporan Bangsa-bangsa Bersatu tersebut telah
membongkar 50,000 rakyat Palestin yang akan sepenuhnya terasing dari kediaman
2.5 juta penduduk Palestin di Tebing Barat. Laporan tersebut menambah penduduk
tersebut tidak dapat berhubung dengan sekolah-sekolah, klinik-klinik dan
kedai-kedai dan tidak akan dapat memasuki Israel atau kediaman Tebing Barat
tanpa kebenaran khas yang dikeluarkan oleh Yahudi.
Laporan Bangsa-bangsa Bersatu juga
mendedahkan bahawa terdapat 10 bandar di bahagian utara Tebing Barat kurang
berhubung dengan kemudahan keselamatan sejak mereka diasingkan oleh Tembok
tersebut.
Tetapi, apabila rakyat Palestin memohon kebenaran itu, mereka akan ditolak
dalam hampir kesemua kes terutamanya selepas Israel mengetatkan prosedurnya,
dan hanya akan membenarkan 40% petani Palestin mendapatkan tanah mereka sendiri
yang terasing di sebelah dalam Tembok.
Walaupun Israel mengaku bahawa pembinaan Tembok ini untuk kepentingan keselamatan,
lebih dari 80% dari Tembok tersebut dibina di atas tempat kediaman Tebing Barat
yang melingkungi lebih banyak tanah serta mengasingkan lebih banyak kebun dan
tempat-tempat tinggal.
Tentera Israel menghalang petani
dari mendapatkan tanah mereka di Al-Zawia.
Askar-askar Israel mengawal sebuah pintu di Tembok haram Israel yang
mengasingkan perkampungan Al-Zawia di utara Tebing Barat dari tanah
pertaniannya. Mereka enggan memberi para petani mendapatkan tanah mereka pada
hari Khamis.
Para petani melaporkan bahawa, ketika mereka menghampiri pintu tersebut,
askar-askar menutupnya, enggan memberi mereka masuk dan memaksa mereka
meninggalkan kawasan tersebut. Sumber tempatan menambah bahawa hampir kesemua
tanah terperangkap di belakang Tembok merupakan satu-satunya sumber pendapatan
petani-petani tersebut, dan tidak dapat mengumpul zaitun dan buah badam yang
ditanam di situ bermakna mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan.
Sumber-sumber tersebut menyeru golongan hak-hak kemanusiaan, tempatan dan antarabangsa
supaya campur tangan dalam menghentikan penderitaan para petani tersebut.