Sejarah Israel dan Palestin saling berkaitan antara satu
sama lain, Cuma bezanya adalah masa ketika dan sebab yang mengakibatkan jatuh
bangunnya kedua-dua negara ini.
Palestin pernah berada dibawah pemerintahan Islam iaitu
dibawah pemerintahan Turki-Uthmaniyyah pada tahun 1516. Pada zaman Sultan
Sulaiman Al-Qanuni (1538-1539), kota-kota di Palestin dan Baitulmaqdis telah
diperbaiki. Palestin di bahagian selatan berada dibawah pentadbiran Sham dan
berpusat di Damsyik, manakala bahagian utara Palestin pula ditadbir oleh
wilayah Lubnan yang berpusat di Akka.
Palestin kekal dibawah empayar Uthmaniyyah selama 4 abad. Pentadbiran Turki-Uthmaniyyah
keatas Palestin berlangsung sehinggalah pihak Inggeris berjaya menjajah Palestin.
Wilayah atau kawasan seperti Baitulmaqdis dan Palestin
merupakan sebuah wilayah yang terbuka yang mana sesiapa saja boleh melawatinya termasuklah
orang Islam, Kristian dan Yahudi untuk mereka melakukan ibadah ditempat yang
dianggap suci oleh tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian, dan Yahudi.
Kalau para pembaca nak tahu terdapat beberapa sebab tanah Palestin ini dianggap suci oleh Islam,
Kristian dan juga Yahudi, antaranya ialah:
- ISLAM – di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, masjid ketiga paling mulia selepas Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
- YAHUDI – tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Oleh Tuhan” kepada mereka. Disitulah juga nenek moyang mereka berasal iaitu (BANI ISRAEL) dan disitulah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan disitulah juga tertanamnya Temple Of Solomon iaitu kuil suci mereka.
- KRISTIAN – menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci di Temple Of Nazareth.yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Disitu Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan juga di tanah itulah Nabi Isa disalib (mengikut ajaran Kristian).
Bagi Palestin yang telah biasa menjadi tumpuan bagi
Yahudi, Kristian dan Islam. Menganggap tanah disitu sebagai tanah yang
diberkati oleh Allah SWT dan ia merupakan tanah yang mempunyai kaitan dan
kepentingan sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para anbiaya’ terdahulu seperti
para nabi dan sahabat. Nanum begitu, pada awal abad ke-20 Palestin mula dijajah
oleh Inggeris. Yang mana telah menyebabkan situasinya berubah, jika dahulu
bebas menerima kepelbagaian agama di tanah tersebut tapi kini ia menjadi sebuah
wilayah yang tidak lagi bebas dan terbuka terutama kepada umat Islam.